Thursday, September 10, 2009

SELINGKAR KISAH PAKAR BATU

Dr Hisham bin Hashim adalah anak kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awal menengah di Sekolah Menengah Methodist, Kampar, Perak (1983-1985) dan seterusnya mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Vokasional Kangar, Perlis sehingga tahun 1987. Selepas itu, beliau terus melibatkan diri dalam bidang perubatan herba di dalam Kilang HPA Industries Sdn Bhd sebagai salah seorang herbalis.

Pada tahun 2009, Dr Hisham telah dilantik menjadi seorang pensyarah di Institut Teknologi HPA (ITHPA) yang bertempat di HPA City, Sungai Petani, Kedah dalam bidang gemologist. Dr Hisham telah menguasai kedua-dua disiplin ilmu perubatan iaitu berasaskan herba (herbalis) dan kristal (gemologist).

Dr Hisham juga banyak melakukan ekspedisi mencari batu-batu permata di seluruh dunia sambil belajar menambah ilmu pengetahuan dengan ahli-ahli gemologist lain di serata dunia. Beliau juga merupakan satu-satunya orang Melayu Asia yang pertama berjaya mendapat anugerah antarabangsa daripada Northern California Global University, USA. Selain itu, Dr. Hisham merupakan pakar penyelidik Balai Pameran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Brunei Darussalam dalam bidang batu permata dan fosil. Beliau juga sering dijemput oleh pihak universiti mahupun IPT seperti USM dan INTIBAH untuk memberikan ceramah dan taklimat mengenai batu permata serta nilai perubatannya.

Amin.



Thursday, August 13, 2009

PENGHARGAAN


SEKALUNG BUDI SERIBU DOA


ALHAMDULILLAH

Segala puji bagi Allah Rahmat Sekelian Alam dan demi kemuliaan insan termulia junjunganbesar kita Rasulullah SAW, para sahabat dan Tabiin dan khususnya Sultanul Awliya guruku dan mursyidku dan dengan baraqah para masyaikh dan insan-insan soleh seluruh alam zahir dan batin.

Tidak ku lupakan kepada isteriku yang amat ku cintai Zaliza dan anak-anak, kedua orang tuaku, abangku yang juga merupakan guruku yang utama Zaino Alam Hashim, Tuan Haji Ismail Ahmad (HPA), Mohd. Shah Rani dan isteri Aniza (Gunung Jerai), Puncak Permata Rezeki, Cikgu Nizam, Sdra. Ghazali Ismail (Bahtera Group) dan kesemua mereka yang terlibat di mana tidak dapat dinyatakan kesemuanya di sini. Seandainya apa yang saya buat ini ada sedikit kebaikan di sisi Allah SWT, maka saya kembalikan balasannya kepada mereka ini.

Amin ya Rabbal Alamin.

DR. HISHAM HASHIM

Ramadhan 1430 H

September 2009 M



TAK KENAL MAKA TAK CINTA,

BILA DAH KENAL, TAK SEMESTINYA TERJATUH CINTA...!